Hari Buku Sedunia disambut pada tanggal 7hb Mac setiap tahun. Hari Buku Sedunia disambut bagi meraikan para penulis buku, pelukis ilustrasi buku, kehadiran buku dalam hidup kita serta tabiat membaca. Sambutan ini dianjurkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Budaya (UNESCO) sebagai sambutan bagi meraikan buku-buku dan disambut lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.
Tahun ini merupakan sambutan Hari Buku Sedunia yang ke-16. Sekolah kami turut mengambil bahagian dalam sambutan ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar-pelajar kami. Setiap pelajar perlu membedah bahagian-bahagian dalam buku yang selalunya kurang diberi perhatian seperti nama penulis dan ilustrasi buku.
Ramai pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sempena Hari Buku Sedunia kelihatan sangat teruja dan gembira kerana telah dapat didedahkan kepada bahagian-bahagian buku yang lain selain daripada meraih pengalaman yang baru melalui bacaan. Mari kita imbas kembali pengalaman mereka!
Untuk maklumat lanjut, pelajar sekalian boleh melungsuri lelaman rasmi bagi Hari Buku Sedunia. (Klik pautan yang ada pada Hari Buku Sedunia untuk ke lelamannya.)
Akhir kalam, buku dapat memberi kita ilmu dan membawa kita kepada pengembaraan minda. Jadikan bacaan tabiat hari ini!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.