Guru-Guru Bahasa Melayu bagi Kelompok N4 (Zon Utara) telah berpeluang untuk melawat Berita Harian sebagai salah satu program pengayaan. Mereka yang hadir telah didedahkan kepada proses menerbitkan akhbar serta skop pekerjaan yang perlu dijalankan oleh setiap anggota tenaga kerja Berita Harian.
Tahukah anda bahawa setiap hari, para wartawan perlu menulis satu artikel dalam masa 12 jam supaya berita itu dapat disiarkan dalam akhbar bagi keesokan harinya? Seorang wartawan memulakan pekerjaan mereka pada jam 8 pagi. Kemudian, mereka perlu keluar mencari bahan berita dan memetik gambar bagi menyokong berita yang bakal dihasilkan. Lazimnya, bahan-bahan berita diberitahu oleh pihak awam. Kemudian, mereka perlu pulang ke tempat kerja dan menuliskan rencana mereka. Rencana mereka pula perlu disaring beberapa kali sebelum dapat disiarkan. Sekiranya mereka tidak dapat menghabiskan rencana tersebut sebelum jam 10 malam, rencana mereka tidak dapat disiarkan.
Memenatkan bukan? Bagi kita di sekolah, menulis karangan 100 perkataan selama sejam sahaja sudah cukup memenatkan, apatah lagi menulis rencana bagi akhbar untuk dibaca orang awam setiap hari.
Guru-guru Sekolah Rendah Fernvale sempat memetik gambar semasa lawatan tersebut bersama wartawan Berita Harian dan guru-guru dari sekolah lain..
Bagi pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan, kamu boleh cuba menghasilkan rencana sendiri dan emelkan rencana tersebut kepada aadeska@sph.com.sg . Selamat mencuba!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.