Sekolah kami diwakili Idzni Fatin, Muhd Rafeeq, Mohd Ilhan dan Ummu Nadrah. Dengan persaingan yang sengit, kami telah mendapat hadiah sagu hati dengan persembahan yang diadaptasikan daripada cerita rakyat yang bertajuk Puteri Raden Mas Ayu.
Persembahan ini telah disulamkan dengan nyanyian syair oleh Rafeeq serta unsur-unsur jenaka oleh lakonan Ilhan. Lakonan melankolik oleh Fatin turut menjadi komplemen kepada watak ibu tiri yang dipegang oleh Ummu.
Walaupun tidak memenangi tiga tempat pertama, pelakon-pelakon kami yang pada mulanya berasa sangat gementar berasa puas kerana dapat menimba pengalaman baru yang amat berharga. Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang datang menyokong pelakon-pelakon yang berbakat ini berasa amat bangga dengan pencapaian mereka.
Para tetamu yang hadir pada untuk memeriahkan acara itu turut dijamu dengan makan tengah hari yang telah disediakan oleh Perstauan Muslimah Masjid Kassim.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua yang datang menyokong terutama sekali kepada Encik Mohd Redwan, Puan Roza dan Puan Norhatini kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai acara ini. Terima kasih juga kepada Shahrul Asyraf yang membantu rakan-rakan dalam menguruskan props bagi persembahan mereka.













No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.