Wednesday, April 13, 2011

Penggalaman yang tidak dapat dilupakan

Tahun lepas saya telah pergi ke Bali, saya pergi ke sana dengan bapa, nenek, kakak, adik, aunty dan bibik saya. Saya pergi ke sana pada waktu pagi saya, bapa, adik dan kakak saya menaiki kapal terbang SIA dan bibik, nenek dan makcik saya menaiki kapal terbang AIR ASIA.

Apabila saya, bapa, adik dan kakak saya sudah tiba di sana, saya terus menunggu bibik, nenek dan makcik saya di hotel. Kami menunggu mereka sehingga waktu mahgrib, apabila mereka semua sudah tiba, bapa saya menyuruh mereka untuk meletakkan bag mereka ke dalam bilik hotel. Setelah mereka meletakkan bag mereka, kami semua keluar untuk jalan-jalan.

Kesokkan harinya bapa saya mengajak kami semua untuk melihat monyet-monyet. Kami semua sungguh GEMBIRA apabila kita sudah tiba. Selepas kita sudah melihat monyet-monyet itu dengan puas, kami semua pergi makan di kedai makanan yang sangat sedap. Selepas kita sudah makan, kita semua pergi ke pantai untuk duduk di sana sambil bercakap-cakap.

ZAYANAH ZHEDLYN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.