Wednesday, April 13, 2011
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Pengalaman yang tidak dapat saya dilupakan ialah apabila saya terperangkap di dalam Lif . Lif itu terdapat di Kuala Lumpur . Saya pergi sana untuk bercuti bersama keluarga saya . Apabila kami sudah terperangkap , adik dan nenek nangis . Kami semua tidak panik dan membuat lucu . Pakcik saya menekan butang kecemasan di dalam lif untuk bantuan . Sementara menunggu untuk bantuan , kami semua membuat hal sendiri . Selepas 10 minit , pekerja hotel itu bercakap di alat pembesar suara . Dia berkata , "jangan bimbang , pekerja saya akan menolong kamu semua sekarang , " Apabila kami terdengar kata-kata dia , kami semua berasa selamat .Tidak lama kemudian,pakcik saya terlihat lampu suluh dari luar. Kami semua berasa senang hati apabila melihat lampu itu.Tiga pekerja diperlukan untuk membuka pintu lif itu.Kami semua bersyukur kerana hidup kita belum berakhir.Selepas kejadian itu,kami semua tidak mahu lagi menaiki lif apabila lif itu sudah tiada tempat untuk sesiapa lagi.Saya berharap kejadian itu tidak akan terjadi lagi muhd aqif dan irfan haziq[6-4]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.