Wednesday, February 23, 2011

Taklimat Kurikulum Darjah 1

Pada tanggal 11hb Februari 2011, Sekolah Rendah Fernvale telah mengadakan Taklimat Kurikulum Darjah 1 untuk para ibu bapa murid-murid darjah 1. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberitahu para ibu bapa tentang program-program serta pemberatan ujian bagi murid-murid darjah 1. Ibu bapa juga dimaklumkan tentang pembahagian markah dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan di dalam kelas. Mereka juga diberi tips dan nasihat untuk membantu pelajaran anak-anak mereka di rumah.

Sebagai tanda penghargaan kami kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk menyertai taklimat tersebut, kami menyediakan berkat untuk dijadikan kenangan.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.